YB Datuk Hajjah Jainab Dsp Ahmad Ayid

Photobucket

MediaAdunKarambunai Infor

My photo
karambunai, sabah, Malaysia
Menjadi penyalur informasi dan juga bahan berita dari dalam dan juga luar kawasan Karambunai terus kepada Rakyat melalui Teknologi terkini iaitu Media Elektronik serta serta visual gambaran yang sebenar..

Followers

Wanita Umno Sepanggar

Photobucket

YB Datuk Bersama Persatuan Belia Inspirasi Kinabalu

Photobucket

UPKR Karambunai

Photobucket

Penaung 2 Sepanggar.FM

Photobucket

Penyerahan Balai Polis Indah Permai daripada Wah Mie Group Kepada Polis Diraja Malaysia

Pondok Polis Indah Permai dkt jalan ke Taman Bukit Sepanggar.
Salam 1Malaysia yang sememangnya menjadi pembuka kata disetiap perbualan dan juga ucapan..nah kali ini kita war-warkan sekali lagi di MediaAdunKarambunai mengenai Penyerahan Pondok Polis Indah Permai yang telah diserahkan oleh Wah Mie Group kepada PDRM Sabah dan telah disaksikan oleh Pembantu Menteri Pembangunan Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat Negeri Sabah merangkap Adun N.12 Karambunai iaitu YB Datuk Hajjah Jainab Dsp Hj Ahmad Ayid..tapi sebelum itu jum kita menelaah gambar-gambar yang telah diambil semasa majlis perasmian penyerahan tersebut..

YB Datuk Jainab menandatangani  Buku Lawatan semasa Penyerahan Balai Polis Indah Permai. 

Para Tetamu yang Hadir..

CEO Wah Mie Group menyerahkan(Replika) Kunci Balai Polis berkenaan Kepada ACP Ahmad Sofi Bin Zakaria Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu sambil disaksikan oleh YB Datuk Jainab.Adun N.12 Karambunai.
Begitu lah sedikit gambaran sempena penyerahan Pondok Polis Indah Permai yang telah diserahkan oleh Wah Mie Group kepada PDRM Daerah Kota Kinabalu,dan MediaAdunKarambunai sempat bertanyakan kepada Ketua Balai Polis Pekan Menggatal Tuan Sulaiman mengenai fungsi Pondok Polis Indah Permai dan beliau berkata Fungsi Pondok Polis Indah Permai cuma menerima aduan laporan kes-kes kecil sahaja dan tempat utk rondaan malam dan jika berlaku kes-kes yang besar pengadu perlu ke balai polis Pekan Menggatal untuk membuat laporan...

MediaAdunKarambunai menyokong penuh dengan adanya Balai Pondok Polis Indah Permai bagi adanya satu tempat untuk masyarakat mengadu jika ada sebarang kemusykilan mengenai keselamatan penduduk.

1 Azam Niaga ~Akhiri Zaman Miskin~

YB Datuk Hajjah Jainab Hj Ahmad menyerahkan barangan kepada penerima AzamNiaga 
Salam 1Malaysia dan juga salam sejahtera,sekali lagi kita dapat melihat kesungguhan YB Datuk Jainab bertungkus lumus untuk membantu rakyat didalam membantu menaik taraf hidup rakyat melalui Program 1Azam Niaga.Ini terbukti dengan kesabaran dan ketelusan semua penerima yang telah memohon setahun yang lalu kini terbukti dengan adanya Pemberian barangan perniagaan didalam Program 1Azam Niaga di kawasan P174 Penampang dan juga P171 Sepanggar.gambar diatas adalah penyerahan Barangan 1AzamNiaga di P.174 Penampang..

nantikan pic yang diambil di 1AzamNiaga P171 Sepanggar yang diambil pada 2hb 07 2012 di stor MP Machinery di batu 10 jalan lama Tuaran dekat Menggatal baru baru ini..apa pun kami MediaAdunKarambunai mengucapkan syabas kepada YB Datuk kerana perihatin dengan masalah rakyat dikawasan Karambunai/Sepanggar..

Majlis Pelancaran Cadangan Pembangunan Desa Pelancongan Kg Ratau dan Tradisi DUN Karambunai.


Salam 1Karambunai dan Salam 1Malaysia,penghujung bulan jun cukup bermakna bagi Adun N.12 Karambunai iaitu Datuk Hajjah Jainab Dsp Ahmad Ayid kerana dapat merealisasi satu cadangan produk perlancongan di kawasan karambunai anjuran UPKR,Warga Kg Ratau,Agensi Kerajaan Negeri & Pusat dengan kerjasama Institut Skill-Tech Sabah kepada Kementerian Perlancongan,Kebudayaan dan Alam Sekitar Negeri Sabah melalui Menterinya iaitu YB Datuk Hj Masidi Manjun.Program tersebut bertemakan Kampung Ratau ~Kampung Tadisi Dalam Bandaraya~,persiapan rapi seawal bulan jun sehingga ke hari terakhir semasa raptai penuh pada 30 jun 2012,YB Datuk Jainab bertungkus lumus memastikan program tersebut berjalan dengan lancar dan penyudahnya telah terbukti pada masa perlancaran pada 1 Julai 2012 Majlis Perlancaran tersebut suksess dengan sambutan yang cukup meriah melalui kedatangan agensi-agensi kerajaan membuat pameran,penduduk kampung disekitar karambunai dan juga masyarakat sekeliling yg sama ingin menjadikan program tersebut sukses.

jum kita saksikan panahan camera MediaAdunKarambunai di program tersebut..

Ketibaan YB Datuk Haji Masidi Manjun di iringi YB Datuk Hajjah Jainab serta CEO Skill-Tech Sabah En Nordin

YB Datuk Hj Masidi bersalaman kepada penduduk yang hadir diiringi oleh YB Datuk Hajjah Jainab bersama Mayor  Bandaraya Kota Kinabalu.Datuk Abidin Madingkir.

Mesra Rakyat 

Bersalaman bersama pemimpin,ketua kg,ketua jkkk dan masyarakat  karambunai.

Pelancong Luar Negara dan dalam Negara pun dijemput hadir untuk memeriahkan Majlis tersebut dan ada datangnya dari England,Swistzeland,Australia dan juga Francis.

Kanak-kanak yang menyertai pertandingan Ratu Fesyen Tradisional Kanak-Kanak.

Perlancong Luar Negara sempat lagi bergembira dengan menari  Tarian Sumazau..

Majlis Perlancaran sedang berlangsung kelihatan YB Datuk Masidi Manjun,YB Datuk Hjjah Jainab,Datuk Abidin Mandingkir,En Nordin,CDO Karambunai dan juga En Salleh Ketua Kampung Ratau didalam gambar.

Penyerahan Sijil Gerakan Desa Wawasan (GDW)dari Pegawai Kemas Kota Kinabalu kepada Ketua Kampung Ratau.

YB Datuk Hajjah Jainab bersama Mayor Bandaraya Kota Kinabalu memerhatikan  Surat Khabar Berita Harian mengenai ulasan cerita mengenai Cadangan menjadikan Kg Ratau KG Tradisi Dalam Bandaraya.

Pelancong luar negara disajikan makanan kampung di salah sebuah rumah cadangan  Home Stay bersama Pemimpin  Masyarakat dan juga Kerajaan.kelihatan Hj Ajak Hj Awang Pengarah Sub Urban DBKK menemani para pelancong menikmati juadah yang disediakan.

Gambar Kenang-kenangan YB Datuk Hajjah Jainab bersama Mayor Bandaraya Kota Kinabalu Datuk Abidin Madingkir dan Pengarah Sub Urban DBKK,Haji Ajak Haji Awang. 


Gambar Kenang-Kenangan ~YB Datuk Jainab,CEO Skill Tech Sabah~En Nordin  bersama para pelancong yang datang di rumah cadangan menjadikan Home Stay di Kg Ratau.
Bergitulah memori yang kami  MediaAdunKarambunai dapatkan semasa Majlis Pelancaran Cadangan Pembangunan Desa Pelancongan Kg Ratau dan juga Pesta Tradisi Dun Karambunai..semoga 1 Januari 2013 akan menjadi kenyataan dimana pada hari tersebut Kg Ratau sudah dikenali dan sedia untuk menerima kemasukan pelancong dari luar dan dalam negara di suasana ~Kampung Tradisi Dalam Bandaraya~ yang menyediakan Homestay,Farmstay, AGRICULTURE ,Tradisional and Moden Food Processing,Kraft Industri,Culture information dan juga Sea Food Processing.
Akhir kata dari kami semoga YB Datuk Suksess dalam apa jua sekalipun dan program ini berjaya..Thumb Ups Datuk Hajjah Jainab..

Aktiviti YB Datuk Akhir Minggu Ketiga Bulan JUN~Ulang Tahun SMK Tebobon 10 Tahun & Santai Belia 2012


Salam Perpaduan dan salam 1Malaysia,sekali lagi Media Adun Karambunai mengaktifkan blog yang dikuasakan oleh seorang pemimpin yang berjiwa rakyat iaitu YB Datuk Hajjah Jainab Dsp Hj Ahmad Ayid yang tak pernah jemu mendekati rakyat dengan program-program yang diadakan oleh Masyarakat disekitar kawasan karambunai dan juga yang berdekatan denganya kawasanya.kali ini kita meninjau Program yang dianjurkan oleh Smk Tebobon bagi Sambutan Ulang Tahun SMK Tebobon 10 tahun dan juga Santai Belia yang dianjurkan oleh Persatuan Belia Inspirasi Kinabalu & Kementerian Belia dan Sukan (P) Sabah dengan kerjasama KPSKTM,JASA,Sepanggar.FM dan juga Masjid Nurul Hikmah Bukit Padang.

jum kita lihat dulu gambaran sempena Sambutan Ulang Tahun ke 10 SMK Tebobon yang di rasmikan oleh YB Datuk Musa Haji Aman~Ketua Menteri Sabah.

Ketibaan YB Datuk Musa Haji Aman Ketua Menteri Sabah selaku Merasmi Majlis Sambutan Ulang Tahun  Ke 10 SMK Tebobon sambil diiringi YB datuk hajjah Jainab..

Ucapan dan simbolik perasmian.


UPKR Karambunai bersama Pemimpin Masyarakat

Ajk Umno Sepanggar bersama Ajk Wanita Sepanggar turut serta  menghadiri sambutan  SMK Tebobon 10 Tahun.

serba sedikit imbasan di sekitar Sambutan ulangtahun ke 10 Smk Tebobon yang diadakan pada 23/06/2012.
setelah selesai menghadiri dan mengiringi Ketua Menteri Sabah YB Datuk Seri Musa Haji Aman..

YB Datuk Hajjah Jainab Dsp Ahmad Ayid bergegas pula ke Program Santai Belia yang diadakan di Gelanggang Boling Padang Kompleks Sukan Likas.jum kita saksikan kemeriahan di Santai Belia 2012 yang dirasmikan secara simbolik oleh Tuan Haji Dahali Matsin Ketua Pengarah Jabatan Belia & Sukan (P) Sabah dan Secara Rasminya Oleh YB Datuk Hajjah Jainab Dsp Hj Ahmad Ayid selaku Pembantu Menteri Pembangunan Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat Negeri Sabah..

Venue Santai Belia 2012

Gambar Kenang-kenangan bersama belia

Ucapan Perasmian YB Datuk di Santai Belia 2012

Merakamkan kenagan bersama Beliawanis UMS dan UITM serta Ajk Wanita Sepanggar.

Gambar beramai-ramai.


Upacara Simbolik yang dilakukan oleh Tuan Haji Dahali Matsin ~Ketua Pengarah Kementerian Belia dan Sukan (P) Sabah.

Seisi Dialog YB Datuk bersama Belia dan Beliawanis.

Gambar Santai Belia menutup tirai denganya jayanya.
Begitulah aktiviti YB Datuk dengan kesibukan jadual kerja yang padat,Beliau sempat jua bersama-sama belia dan beliawanis di program Santai Belia tersebut dan difahamkan Santai Belia 2012 ini dapat mengumpul belia dan beliawanis seramai 150orang yang terdiri dari pelajar UMS,UITM,Smk Takis Papar,Belia North Borneo Scotter Comunitty,Belia Kg Lampasan,Belia Telipok Ria,Belia Sepanggardan juga Belia Masjid Nurul Hikmah Bukit Padang.

Apa-apapun Tahniah dan Syabas kepada YB Datuk semoga masih lagi menerajui ADUN N.12 Karambunai sebab YB Datuk memang LAYAK.

YB Datuk Membawa Rakyat Mengenali Program 1Azam ~Akhiri Zaman Miskin~Satu Inspirasi,Satu Aspirasi

Aktiviti Adun Karambunai terus menjadi perbualan Rakyat sekeliling dikawasan Karambunai,Kali ini YB Datuk telah membawa rakyat mengetahui apa itu Program 1Azam yang diberikan oleh Kerajaan Kepada Rakyat..jadi ini lah masanya YB Datuk mencungkil,menelaah dan mengetahui apa itu Program 1Azam.YB Datuk bukan keseorangan tetapi telah mengajak Rakyat bersama beliau untuk mengetahui dan mewar-war kan Program 1Azam ini dikongsikan bersama untuk semua Rakyat Karambunai dan juga Sabah amnya.
jom kita jenguk program 1Azam yang YB Datuk Hadiri..

Lawatan Ke Kolej Yayasan Sabah,Taklimat 1Azam dan melawat  Perserta kursus Membuat Batik.kelihatan didalam gambar Ketua Wanita Umno Sabah, Datuk Armani Mahirrudin bersama AMT Wanita Umno Sabah dan Ajk Wanita umno sepanggar bersama Belia.

Gambar Lukisan Tangan yang telah selesai dilukis oleh seorang perserta kursus dari Pitas .dia berkata ini adalah gambaran Rumah beliau di Pitas.mediaadunkarambunai mengucapkan Syabas dan memang berbakat.

YB Datuk Bersama VIP yang lain mendengar Taklimat 1Azam bersama Hilary Sibangun ~Executive Asistant to the Ceo~Kolej Yayasan Sabah.
YB Datuk bergambar bersama Datuk Armani dan Wanita Umno Sabah.

Ajk Wanita Umno Sepanggar tidak melepaskan peluang bergambar untuk dimasukkan didalam Blog Media Adun Karambunai..memang terbaikk..

Inilah imbasan Lawatan dan juga Taklimat 1Azam di Kolej Yayasan Sabah.dan untuk makluman para pembaca. Kerajaan Malaysia telah pun melantik 24 Agensi untuk mengendalikan Program 1Azam yang mana memberi peluang kepada Rakyat mempelajari bidang-bidang yang diminati rakyat dan ia akan dapat membantu mempertingkatkan ekonomi sara hidup rakyat yang mengikuti Program 1Azam tersebut..

jum kita saksikan lagi Program 1Azam Bidang kecantikan yang di kendalikan oleh Rozsall Beauty Academy dan telah pun memberi sijil kepada 14 peserta yang telah tamat kursus.

Aktiviti YB Datuk seawal Minggu ke Tiga~Syabas YB Datuk~

Penyerahan Bantuan 100 Meja Tulis untuk Sekolah Kebangsaan Likas Kota Kinabalu Sabah.
Salam 1Malaysia,bertemu sekali lagi diruangan Blok ~MediaAdunKarambunai~ kali ni mengenai aktiviti YB Datuk ADUN N.12 Karambunai di minggu ketiga bulan JUN..Walaupun minggu kedua baru je berakhir dengan kesibukan kerja dan ketibaan YAB Datuk Seri Najib Tun Razak.Perdana Menteri Malaysia ke Sabah dan Rumah Terbuka Pesta Kaamatan Peringkat Kebangsaan di Keningau,YB Datuk Jainab telah pun memulakan minggu ketiga dengan Mengunjungi Sekolah Kebangsaan Likas Kota Kinabalu dengan memberikan sumbangan kepada 100 buah meja tulis,50 buah kerusi plastik dan juga 12 biji kompang untuk kegunaan pelajar sekolah didalam aktiviti sekolah seharian,Ini semua difahamkan peralatan sekolah tersebut  banyak yang rosak dan terdapat bilik darjah pelajar terpaksa berkongsi untuk belajar.Dengan adanya sumbangan YB Datuk sebagai Ahli Dewan Undangan N.12 dan juga sebagai Pembantu Menteri Pembangunan Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat Negeri Sabah dapat mengurangkan sedikit beban sekolah berkenaan.disini ~MediaAdunKarambunai~mengucapkan Syabas dan Tahniah keatas keperihatian YB Datuk mengatasi maslah sekolah yg memerlukan bantuan di kawasan Karambunai.
disini juga penulis berkongsikan sedikit gambaran sempena lawatan ke sekolah berkenaan.
Penyerahan 12 buah kompang kepada Sekolah SK Likas.
ucapan dari petikan FB upkr karambunai..
Upkr Karambunai begitu perhatin YB kita ini, sampaikan pemasangan meja pun diteliti dgn betul.... Syabas dan tahniah YB, demi kepentingan murid2 sekolah,.....katanya..
Murid-murid menunjukan tanda 1Malaysia dalam seisi Fotografi.
1Malaysia...Tataps
Seisi Fotografi bersama Cikgu-cikgu Sekolah Kebangsaan Likas Kota Kinabalu Sabah.
Begitulah aktivit seharian YB Datuk selaku Adun N.12 Karambunai dan juga Pembantu Menteri Pembangunan Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat Negeri Sabah yang tak pernah kenal erti penat dan mengeluh dan selalu melakukan tugasan yang telah diamanahkan dan membantu sesiapa yang memerlukan bantuan beliau dan beliau amat-amat memberikan penekanan dalam bidang pendidikan terutama dikawasan Karambunai.
Syabas YB Datuk semoga sumbangan seperti ini akan berterusan di sekolah-sekolah lain yang memerlukan.

Majlis Perasmian Kraftangan Sabah di Keningau yang disempurnakan oleh Perdana Menteri Malaysia~Adun Karambunai Ikut sama~

Ketua Menteri Sabah bersama Perdana Menteri Malaysia dan Isteri Semasa Majlis Perasmian Pusat Kraftangan Sabah di  Keningau 16jun 2012.
Salam sejahtera dan Salam 1Malaysia sekali lagi MediaAdunKarambunai diberi peluang untuk berkongsi maklumat mengenai ketibaan Perdana Menteri Malaysia Ke Sabah dan Daerah Keningau dan Tambunan menjadi pilihan PM pada kali ini.Ketibaan PM pada hari bersejarah bagi warga masyarakat Keningau pada 16 jun 2012 telah disajikan dengan bermacam-macam program termasuk lah apa yang kita lihat di atas iaitu Perasmian Pusat Karaftangan Sabah serta pada petangnya pula Merasmikan Pecah Tanah Pusat Ternakan Bersepadu yang terbesar di Malaysia.
Media Adun Karambunai juga ingin berkongsi petikan dari Bernama~PM luluskan Pinjaman RM235 Juta kepada Sabah untuk membina sebuah loji rawatan air baharu untuk manfaat kira-kira 200.000 penduduk di Keningau. Tahniah Warga Keningau.

Sebelum Terlupa Adun Karambunai selaku Pembantu Menteri Pembangunan Sumber & Kemajuan Teknologi Negeri Sabah  pun tidak melepaskan peluang untuk bertemu Pemimpin Negara Kita, jadi disini MediaAdun Karambunai kongsikan kenangan manis Adun Karambunai di Keningau..

YB Datuk Hajjah Jainab Bergambar Bersama Isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansur dan  rakan-rakan.


Diantara Hasil Kraftangan yang dipamerkan.


Menunjukkan Hasil Kraftangan Budaya kita..

 
YB Datuk Bergambar Bersama Datuk Armani dan Sumandak sumandak Sabah


YB Datuk Hajjah Jainab bergambar bersama Datuk Masidi Manjun Menteri  Perlancongan Negeri Sabah
Bersama Datuk Japlin dan rakan-rakan Datuk Hajjah Jainab.


YB Datuk mencuba melukis di meja pameran kraftangan
Bergambar Bersama Datuk Armani Ketua Wanita Umno Sabah.

Datuk Jainab bermesra dgn Datin Seri Rosmah Mansur isteri Perdana Menteri Malaysia.
Majlis Perlancaraan Rumah Terbuka Pesta Kaamatan 2012 pada sebelah malam .

YB Datuk Hajjah Jainab menunjukkan diantara Baju Kebudayaan Rakyat Sabah.
Datuk Hajjah Jainab bersama Datuk Armani meninjau gerai-gerai kraftangan  .
Peserta dan pengujung Majlis Perasmian Pusat Kraftangan Sabah/
Kelihatan YB Datuk Joseph Kurup bersama Menteri-Menteri Sabah yang lain

Bergambar di Belakang Potret Datuk Seri Panglima Musa Aman dan Datuk Seri Najib Tun Rajak



Gambar kenang-kenangan dihadapan Handicraft Gallery Keningau.



Acara Kemuncak Sambutan Rumah Terbuka Pesta Kaamatan Peringkat  Kebangsaan di Stadium  Keningau..


Nampaknya begitulah apa yang kita kongsikan bersama di ruangan Buletin Media Adun Karambunai ini Pemimpin Harmoni 1Malaysia dan ia juga jalinan mesra Pemimpin Negeri bersama Pemimpin Pusat terutama sekali jalinan mesra bersama Perdana Menteri kita..syabas YB Datuk Hajjah Jainab Dsp Ahmad Ayid semoga apa yang MediaAdunKarambunai ini paparkan dapat dikongsikan bersama semua masyarakat di Kawasan Karambunai..
















Blogroll